INOVASI

Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan


Definisi Inovasi



1. sesuatu yang baru diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang  
baharu. 
2. perihal (tindakan dan sebagainya) mengadakan, memulakan, dan sebagainya, 
sesuatu yg baharu.  
3. menginovasi membuat inovasi. 
4. penginovasi orang yg membuat inovasi, inovator.

-Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka-

2. Idea, amalan atau objek yang dianggap baru oleh seseorang
- Ronger E Miller, 1971 -

3. Idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.
- Glosari Teknologi Pendidikan-

4. Pembaharuan, modifikasi atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi citarasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.
- Sufean Hussin, 2001-


Dalam meniti arus pemodenan dalam bidang pendidikan, kaedah'chalk n talk' sudah tidak relevan lagi buat masa kini. ( Mahasan Mahmood, 2003 )






Dunia hari ini berubah pada setiap masa terutamanya dari segi Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )

Trend pembelajaran hari ini : 

1. Berasaskan penemuan dan inkuiri dan resos, projek dan pembelajaran aktif.
2. Menekankan kepada mencari, meneroka, menilai, dan menggunakan maklumat


Strategi Pengajaran Pembelajaran yang inovatif merangkumi 4 asas penting iaitu:
1. Pembelajaran Berasaskan Projek
2. Pembelajaran Berasaskan Masalah
3. Pembelajaran Elektronik ( e-learning )
4. Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang ( web)

1. Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek akan mengukuhkan pembelajaran murid sekiranya kandungan projek itu menepati sukatan pembelajaran. Tugasan berbentuk projek akan menghendaki pelajar untuk mengaplikasikan perkara yang dipelajari di dalam kelas di dalam tugasan projek yang dilakukan.

Kelebihan pembelajaran berasaskan projek :-
  • Menarik perhatian murid-murid terhadap satu yang khusus.
  • Memberi peluang kepada murid untuk menjana idea mengenai topik tersebut.
  • Mengajar murid erti mnerima dan menghormati pandangan orang lain.
  • Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko di atas setiap keputusan yang diambil.


Langkah-langkah pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek

1. Kemukakan tugasan
2. Menganalisis masalah
3. Meneroka Masalah
4. Membuat perkaitan
5. Membuat refleksi

Pembelajaran berasaskan projek penting dalam sistem pendidikan masa kini kerana :-
  • Mewujudkan komunikasi positif dan perhubungan kolaboratif di kalangan pelajar yang pelbagai.
  • Menarik minat dan memotivasikan pelajar yang kurang menumpukan perhatian dalam proses p&p.
  • Menolong pelajar dalam memahami dan mengaplikasikan pengetahuan.
  • Menolong pelajar dalam pembelajaran dan menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, berkomunikasi dan pengurusan kendiri.
  • Mengintegrasikan bidang kurikulum, pengajaran bertema dan isu-isu komuniti.
  • Memenuhi keperluan pelajar yang mempunyai tahap pembelajaran dan gaya pembelajaran yang berbeza.


Penerimaan pendapat di antara ahli kumpulan adalah digalakkan. 





Pembelajaran Berasaskan Masalah

2. Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah bermula dengan memberi 'masalah dan memberikan pengamalnya pengalaman untuk menyelesaikan masalah'.

Ianya merupakan salah satu cara pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan lebih kepada berbentuk pengalaman. Ianya mampu mencabar pengetahuan sedia ada murid bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain daripada itu ianya bersifat kolaboratif dan saling bergantung di antara satu sama lain.

Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah :-
1. Kemukakan Masalah
2. Jelaskan hasil pembelajaran yang hendak dijangkakan.
3. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat.
4. Sediakan bimbingan isi pelajaran dan strategi.
5. Sediakan resos pembelajaran.
6. Adakan maklum balas untuk sesi refleksi.


3. Pembelajaran Berasaskan Elektronik ( e-learning )



Merupakan pembelajaran yang menggunakan komputer dan jugainternet.





Pembelajaran elektronik juga dikenali dengan pelbagai nama.
  • Online Learning
  • Technology Based Training
  • Web Based Training
  • Web Based Learning
  • Computer Based Training
  • Computer Based Learning
  • Technology Enhanced Learning
  • Computer Supported Collaborative Learning
Bentuk Komunikasi
  1. Serentak ( Synchronous ) - chatting, telefon
  2. Tidak Serentak ( Asynchronous ) - e-mel, SMS, MMS
Ciri-ciri Pembelajaran Elektronik
  • Boleh dicapai di mana-mana tempat selagi ada talian internet, tanpa mengira sempadan geografi.
  • Boleh dicapai oleh lebih ramai jumlah pelajar.
  • Memerlukan kemahiran menggunakan komputer dan Internet.



Penggunaan Teknologi dalam Pengajaran

MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT.

MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN

Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran


• memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan


• meningkatkan motivasi murid


• membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning )


• membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi


• membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu


mahal untuk dikumpul


• mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar


• membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,


mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa


• meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid


• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima
• meningkatkan kemahiran ICT

SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P
Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian :

• Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau

sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum

• Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk
menyokong sesuatu pendekatan P&P

• Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai
Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod.
Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru – guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai :
a) Tutorial
b) Aplikasi
c) Penerokaan ( Eksploratori )
d) Komunikasi

Perbezaan Antara Projek Inovasi, 

Kajian Tindakan dan Penyelidikan


Penyelidikan Guru (research

Selaku guru, pasti kita berdepan dengan banyak cabaran semasa menjalankan pengajaran & pembelajaran (p&p) dalam bilik darjah. Antara cabaran yang sering dihadapi adalah tahap kefahaman pelajar yang berbeza dan kesukaran pelajar untuk memahami pengajaran guru terutamanya apabila melibatkan sesuatu konsep yang abstrak.

Antara langkah penyelesaiannya adalah dengan cara menjalankan kajian tindakan, projek inovasi ataupun penyelidikan. Ketiga-tiganya mempunyai tujuan utama yang sama, iaitu mengkaji sesuatu isu atau masalah yang dihadapi dalam bilik darjah, sekolah mahupun dalam bidang pendidikan secara amnya. Namun, ketiga-tiganya merupakan perkara yang berbeza.

Saya bukanlah pakar dalam membincangkan definisi bagi setiap satu darinya. Perkongsian ini hanya merupakan hasil pemahaman dan pengamatan saya. Selain itu, ketiga-tiganya juga merangkumi bidang yang cukup luas, sama ada bagi tujuan akademik mahupun bukan akademik. Saya cuma akan memfokuskan kepada kajian berkaitan PdP sahaja.


Projek Inovasi

Secara amnya, projek inovasi biasanya berbentuk alat bantu mengajar (ABM), juga disebut bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan untuk memudahkan PdP guru dan meningkatkan kefahaman pelajar dalam sesuatu konsep. Mungkin ada guru yang melaksanakan projek inovasi berbentuk pedagogi, namun ianya lebih sesuai dilaksanakan sebagai kajian tindakan. Inovasi yang dihasilkan tidak semestinya merupakan sesuatu yang baru. Boleh juga dihasilkan daripada inovasi guru lain, tetapi ditambahbaik dan disesuaikan dengan pelajar di sesebuah sekolah. Apa yang penting, jangan ditiru bulat-bulat.

Kajian Tindakan (action research

Kajian tindakan dilaksanakan untuk mengkaji sesuatu isu / masalah dan seterusnya bertindak bagi menyelesaikan masalah tersebut. Bagi memastikan keberkesanan sesuatu kaedah penyelesaian yang diambil, kajian tindakan biasanya dijalankan melalui beberapa gelung / kitaran (cycle). Tetapi, jika kaedah yang digunakan betul-betul berkesan dan masalah telah dapat diselesaikan secara menyeluruh, maka satu gelung sudah mencukupi. Dapatan kajian pula sering digunakan kaedah ujian pra dan ujian pos. 

Terdapat banyak versi yang boleh dirujuk bagi melaksanakan kajian tindakan. Namun, secara umumnya sesebuah kajian tindakan melibatkan proses kerja berikut:

1.       Refleksi p&p – mengenal pasti isu/ masalah yang dihadapi
2.       Merancang penyelesaian
3.       Melaksanakan kaedah penyelesaian yang dipilih
4.       Menganalisis dapatan kajian & refleksi

Jika kaedah yang dipilih telah berjaya, maka kitaran kajian tindakan akan berhenti pada langkah ke-4. Jika belum berjaya sepenuhnya, kita kembali semula kepada langkah pertama dengan mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa gelung pertama. Dengan ini, kita akan memulakan gelung kedua kajian tindakan. 

Kaedah yang dipilih bagi menyelesaikan sesuatu isu PdP dalam sesebuah kajian tindakan adalah lebih meluas berbanding dengan projek inovasi. Masalah yang dihadapi dalam p&p boleh diselesaikan menggunakan BBM (inovasi) mahupun kaedah pedagogi. Misalnya, menggunakan flashcardmagic whiteboard, model dan sebagainya untuk membantu pelajar memahami sesuatu konsep. Selain daripada menggunkan BBM, guru juga boleh menjalankan tindakan menggunakan kaedah seperti mentor-mentee, gallery walk, pembelajaran inkuiri dan lain-lain.

Tajuk bagi sesebuah kajian tindakan mestilah jelas, spesifik dan terperinci merangkumi objektif kajian, kumpulan sasaran serta kaedah penyelesaian. Antara contoh tajuk kajian tindakan:

i)              Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Suku KataTertutup dan Kata Adjektif Warna Menggunakan "Boling Warna".
ii)             MeningkatkanPenguasaan Kemahiran Membina Ayat Majmuk menggunakan "Kad Ajaib"

Bagi guru yang pertama kali mahu menjalankan kajian tindakan memang akan terasa agak sukar kerana ianya melibatkan banyak proses yang teliti. Penulisan laporannya pula lebih terperinci berbanding projek inovasi. Saya mula mengenali kajian tindakan semasa menghadiri taklimat kajian tindakan peringkat negeri.


Daripada tiga perkara ini, penyelidikan boleh dianggap sebagai yang paling sukar untuk dilaksanakan, melibatkan proses yang sangat teliti, memakan masa yang lama dan penulisan laporan yang begitu terperinci. Dalam bahasa yang mudah, penyelidikan merupakan suatu kajian terhadap sesuatu isu / perkara untuk mendapatkan data yang sah. Penyelidikan tidak semestinya menghasilkan penyelesaian, namun ia melibatkan metodologi kajian yang agak kompleks. Disebabkan itulah, tidak ramai guru di sekolah yang menjalankan penyelidikan, kebanyakannya menjalankan kajian tindakan sahaja. Saya sendiri juga belum mahir dengan penyelidikan. Bagi guru yang memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, maka pelaksanaan penyelidikan guru merupakan persediaan yang sangat bagus.

Aspek yang dikaji dalam sesebuah penyelidikan adalah sangat meluas. Penyelidikan guru / penyelidikan pendidikan mengetengahkan aspek kajian berkaitan isu-isu semasa dalam bidang pendidikan, sama ada isu dalam bilik darjah, masalah yang dihadapi oleh guru / pelajar / pentadbir sekolah mahupun isu pendidikan secara umum. Paling bagus jika dibuat penyelidikan tentang isu-isu pendidikan yang terkini. Contohnya:
i)                    Pelaksanaan PPPM 2013 – 2015
ii)                   Pengintegrasian KBAT dalam PdP
iii)                 Keberkesanan peta i-think
iv)                 Konsep pembelajaran & bilik darjah abad ke-21
v)                  VLE-FROG

Boleh juga jika kita mahu melaksanakan penyelidikan dalam bidang pendidikan, tetapi sesuatu yang di luar p&p. Sebagai contoh:
i)                Perbezaan pencapaian akademik antara pelajar asrama & pelajar    harian
ii)              Faktor-faktor yang mempengaruhi minat pelajar untuk belajar
iii)             Punca-punca penglibatan pelajar dalam kes gengsterisme
iv)            Perbezaan pencapaian pelajar dalam peperiksaan sebelum & selepas kursus motivasi
v)            Beban tugas guru di sekolah 

 Antara kertas penyelidikan yang dibentangkan  ialah:

i)              Pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat murid orang asli di negeri Perak.
(Tn. Hj. Mohd Razak b. Mohd Nordin & Pn. Noradzimah bt Abdul Majid, IPGK Ipoh)

ii)             Aplikasi peta pemikiran (i-think) dalam pengajaran dan pembelajaran : Suatu tinjauan
(Pn. Jauriah bt Md Azali & En. Muhamad Munir b. Ismail, IPGK Perlis)

iii)                 Tekanan kerja guru sekolah pribumi daerah Gua Musang
(En. Mohd Zaki b. Ab Rahim & Pn. Kasnimi Mat Seman, IPGK Kota Bharu)

Daripada tajuk kertas penyelidikan yang dibentangkan, boleh dikatakan bahawa penyelidikan pendidikan biasanya berbentuk tinjauan dan kajian kes. Objektif utama sesebuah penyelidikan adalah bukan untuk memikirkan jalan penyelesaian masalah, tetapi bagi mendapatkan data kajian seperti faktor ataupun implikasi sesuatu isu / perkara berkaitan pendidikan. Hasil dapatan kajian ini yang merupakan sesuatu yang sangat penting bagi pihak-pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan.

Kesimpulannya, setiap guru sebenarnya sangat digalakkan untuk melaksanakan Projek Inovasi, Kajian Tindakan ataupun Penyelidikan. Hasil kajian yang kita jalankan dapat meningkatkan kemahiran profesionalisme seseorang guru. Melalui hasil kerja penyelidikan dan inovasi, golongan pendidik dapat merangka dan melaksanakan strategi p&p secara lebih berkesan dan kreatif seiring dengan perubahan arus pendidikan global. Jika ada peluang, sertailah seminar / persidangan berkaitan Projek Inovasi / Kajian Tindakan / Penyelidikan. Banyak ilmu yang akan dapat dipelajari di samping suntikan semangat untuk turut sama memperkasakan lagi bidang pendidikan di negara kita.

Selain itu, cari juga sumber-sumber lain yang boleh membantu atau bersama-sama kita dalam lapangan ini. . Yang penting, usah malu bertanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan