Selasa, 25 Ogos 2015

 INOVASI DAN PERUBAHAN 
DALAM  PENDIDIKAN

      Sepintas lalu tentang perkongsian ilmu dalam blog ini. Bukan mudah membuat satu perubahan dan mencuba sesuatu yang baharu. Bukan mudah juga untuk melahirkan idea yang kritis mencipta inovasi. Namun berbekalkan keazaman dan semangat yang kental untuk melahirkan sesuatu yang kreatif, usaha tanpa batas sempadan dilakukan agar idea yang ada di minda tidak beku di situ selamanya. 
     Dunia pendidikan sudah sebati dalam diri. Semakin lama berkecimpung dalam bidang ini, semakin banyak cabaran yang perlu direntasi. Perubahan demi perubahan dalam pendidikan menjadikan diri ini sentiasa bersedia. Kejarlah ilmu sebagaimana kita mengejar masa. Semoga perkongsian dalam blog ini dapat memberikan manfaat kepada insan yang sudi berkunjung ke blog ini.